Automate your Marketing
with Womplify




 
uminas FotoPage

By: uminas salikin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  >  >>]    [Archive]
Sunday, 15-Mar-2009 19:16 Email | Share | | Bookmark
BIRTHDAY AMMAR MUHAIMIN KE 2

Lina-Meizan sekeluarga
Kek padang bola utk Ammar
Angan dok tengok kek, geramnya...
View all 12 photos...
Ini entry lama.

Happy Birthday To Ammar Muhaimin..

Kek ini di tempah dari kawan ummi dari Penang, Ina Sally. Sedap kek ramai puji...



kek padang bola untuk AMMAR





Tuesday, 10-Mar-2009 07:21 Email | Share | | Bookmark
[b]Makan-makan bersama keluarga[/b]

Ammar Muhaimin
Masa menunggu hidangan
 
View all 13 photos...
Hmm.. seronok juga kalau sesekali beralih angin makan di luar. . Atuk, nenek, mak saudara, ayah saudara dan cucu joint makan malam kali ini. Meriah sungguh. Kecoh sekejap kedai dengan kehadiran kami semua...


Kali ini kami memilih untuk makan sate dan masakan thai, so menu malam itu ada sate ayam dan daging, sup ekor, bawal sweet sour, kailan ikan masin, daging masak merah, cendawan goreng. Kenyang kami malam tu. Alhamdullilah.



Sesekali keluar ramai-ramai bergini dapat eratkan silaturahim. Walau selalu berjumpa, kadang kala ada juga isu yang tak sempat untuk di sembangkan!!!


Thursday, 4-Dec-2008 12:29 Email | Share | | Bookmark
PETROSAINS

 
 
 
View all 6 photos...
Pada 22.11.2008 kami sekeluarga pergi ke Petrosains- KLCC, lawatan sempena cuti sekolah. Utk anak-anak mereka dapat melihat bidang sains dengan perspektif yg lebih luas.

Seronok sungguh kakak dan Angah dapat naik helikopter stimulator, pergh pengalaman baru...







Sunday, 30-Nov-2008 11:19 Email | Share | | Bookmark



Sunday, 2-Nov-2008 17:04 Email | Share | | Bookmark
MAKAN-MAKAN

 
 
 
View all 11 photos...
Majlis makan-makan ini dilakukan atas permintaan office mate, maklumlah open house tak buat, so majlis kecilan sebergini ajer yg mampu di lakukan

Ala office mate yg datang pun cuma keluarga kak Tini, Camy dan Wati bersama husband..

Umi masak Rosemary Chicken Grill, sambal bilis telur, sayur goreng dan ikan goreng sahaja...
Harap semua puas hati dan kenyang.
Insya Allah lain kali kita buat lagi...
Tentulah lagi best menunya...






Resepi ini umi ambik pada fotopage Lina-Meizan...
sedap sangat..

nie resepi yea

LEMON ROSEMARY GRILLED CHICKEN

1 ekor ayam
1 biji lemon
3 ulas bawang putih - (lina guna 5 biji )
2 sudu besar olive oil -
Segenggam Rosemary Kering ( lina guna serbuk rosemarry)
1 sudu besar serbuk lada hitam
2 biji kentang dibelah 2 (lina guna byk biji.. kiralah dlm tray tu ..kat dlm perut ayam ada 1 biji)
2 biji tomato (lina guna tomato cherry)
Baby carrots -
1 biji capsicum - potong kasar2 ( 2 biji..merah dan hijau)
1 biji bawang besar dibelah 4
2 sudu serbuk Paprika (teman pakai serbuk cili)
Kicap Pekat -
Garam dan gula secukup rasa (gula tu dlm 1 sudu besar & garam tu agak2lah yer )

Cara menyediakannya:

1. Lemon, kentang dan bawang putih direbus selama 15 minit. Angkat dan tos.
2. Tumbuk bawang putih dan rosemary sehingga lumat. (rosemary tu payah sikit nak lumat.. kasar2 pun takper )
3. Gaulkan bahan yg ditumbuk tadi dengan olive oil dan campur sedikit garam, gula, paprika dan serbuk lada hitam.
4. Ambil sedikit bahan ini dan gaulkan dengan kentang, bawang besar, carrots, capsicum dan tomato.
5. Lemon tadi dicucuk-cucuk dengan garfu supaya jusnya nanti keluar dan disumbat ke dalam perut ayam.
6. Sumbatkan juga beberapa kentang, bawang dan baby carrot ke dalam ayam tadi setakat mana muat perut ayam tu... hehehe..
7. Cucuk/jahit lubang ayam tu dengan toothpick supaya tak terkeluar bahan2 tadi. Boleh guna dawai bunga yg bersih.. macam jahit guni jer jadiknya.. )
8. Lumurkan ayam tadi dengan bahan tumbuk lebihan tadi dan masukkan dalam loyang.
9. Susun kentang, tomato, bawang, capsicum dan carrots di sekeliling ayam dan bakar didalam oven dengan suhu 180'C selama 1 jam atau sehingga masak. Hidangkan bersama mashed potato, coleslaw atau baked bean.






Seronoknya dapat berkumpul ramai-ramai bergini


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016 | Powered by Womplify

ns4008464.ip-198-27-69.net